30 Disember 2015 - 13:20
Jet F-16 Bahrain terhempas di selatan Arab Saudi

Jet F-16 Bahrain disahkan terhempas di Yaman, juruterbangnya disahkan selamat.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Jet pejuang F-16 milik kerajaan Bahrain yang dikerahkan menggempur Yaman disahkan terhempas di selatan Arab Saudi.

"Juruterbang dari kontijen Bahrain yang menyertai pakatan terselamat setelah pesawat F 16nya terhempas di kawasan Jizan pagi tadi akibat kerosakan teknikal," lapor Reuter yang memetik kenyataan dari agensi berita Saudi.

Bahrain pada hari Selasa lalu mengumumkan kematian tiga askarnya di Arab Saudi.

Pakatan kempen keganasan terhadap negara Yaman yang dikepalai Arab Saudi setakat ini telah membunuh 7500 orang awam, manakala hampir 14,000 yang lain cedera.

Bahrain, UAE, Qatar, Kuwait, Sudan, Jordan dan Maghribi adalah negara yang menyertai pakatan keganasan Arab Saudi ini.

Alasan yang dikemukakan Arab Saudi dalam serangan ke atas Yaman ialah mengembalikan tampuk pemerintahan bekas presiden, Abdul Rabbah Mansur Hadi yang digulingkan rakyat Yaman dalam satu revolusi.

.............